Download

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. SIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:013-5812281
Pancaindera yang ada pada generasi sekarang sudah tidak memberi erti lagi bagi mereka. Mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Mereka menggunakan pancaindera untuk memenuhi dorongan hawa nafsu dan ada di kalangan wanita Islam yang sanggup menukarkan kejadian Allah dengan melakukan pembedahan badan demi semata-mata untuk memuaskan kehendak syaitan yang sering meronta-ronta untuk mendorong manusia melakukan kejahatan di i zaman ini. Penukaran dilakukan dengan alasan supaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan wanita-wanita lain yang cantik rupawan tanpa memikirkan asal kejadiaan Allah yang menjadikan manusia asalnya adalah seelok-elok kejadian. Dengan demikian mereka tidaklah dianggap berpakaian ganjil dan tidak lagi menerima
ejekan dari teman dan masyarakat sekeliling. Mereka malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogel nampak pusat, bengkak sana sini, asalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, mereka sanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran di hadapan perompak, mereka rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayan dan memuaskan penagih-penagih arak….. Sekiranya mereka lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidak mematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayani kehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNya kamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri mereka dan manusia semua…? Oleh kerana golongan yang mengejek-ejek pakaian Islam tidak memahami perundangan Islam, seharusnya kamu yang berpelajaran pula mesti menyampaikan pelajaran tersebut kepada mereka. Sebelum itu, jadilah diri kamu, akhlak dan pakaian kamu sebagai contoh atau tauladan untuk mereka semua.
Kalau mereka masih juga mempermainkan kamu, ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui di pihak mana yang benar dan di pihak mana pula yang bersalah. Sudah memadai kamu menyahut ejekan tersebut dengan firman Allah yang bermaksud: ” (Hud: 39-38).
“Jika kamu mengejek kami sesungguhnya kami mengejek kamu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang kekal '
Berpakaian Islam seperti bertudung kepada dan berbaju labuh hingga menutup ‘aurat melambangkan kualiti seorang wanita Islam. Bukanlah kualiti seseorang wanita itu terletak pada alat-alat solek, kuku yang panjang serta dihiasi warna mata yang disalutkan max factor dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di zaman sekarang. Suatu perkara yang luar biasa di zaman ini, kaum wanita yang beragama Islam tidak menta’ati suruhan Allah s.w.t dan tidak sanggup berpakaian Islam. Malahan mereka mempermain-mainkan pula
saudara mereka yang berpakaian sedemikian rupa. Awas…! Dunia ini laksana roda. setiap hari berputar tanpa henti melainkan saat ke kiamat. Hari ini kamu mentertawakan orang lain, tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka” (al- Mutaffifin: 29-30).