Download

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. SIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:013-5812281

SIKAP KITA SEBAGAI ORANG BEKERJA.

Silapnya kita sebagai orang yang bekerja sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, kita menunjuk-nunjuk pada orang yang kita ada kerja. Kita terlalu bangga dengan pekerjaan kita, pakaian kita yang kemas, gaya korporat dan masuknya pula ikut waktu pejabat. Pakai pula kereta besar, isteri yang cantik dan isteri pula bangga dengan jawatan dan pendapatan suami. Kalau memandu kereta, orang di hadapan pun dah tak nampak. Rasa besar hati, bangga diri. Kita terlalu mementingkan aspek luaran, bukan aspek dalaman terutama hati kita.
Untuk nak ada keseronokan bekerja, sepatutnya kita tak harus bangga dengan kerja kita tu, pakaian kita, laptop kita, wakut kerja kita. Sepatutnya kita tak harus merasa kerja kita lebih baik standardnya dari orang lain kerana kita bekerja tetap dan gaji kita datang tiap hujung bulan.
Kita tidak harus temberang, become too excited dengan status kerja kita, terutama apabila majikan kita adalah kerajaan. Kerja bukan untuk ditemberangkan, ditunjuk-tunjuk atau dibangga-banggakan, tapi untuk memenuhi kepuasan diri. Baru ada motivasi kerja!
Anda tak tahu satu rahsia. Lebih banyak Anda berbangga dengan kerja Anda sekarang ini dan merasa riak dengannya, lebih banyak keseronokan kerja Anda yang akan hilang. Maknanya, akan lebih banyak masalah muncul satu persatu di tempat kerja Anda, ketika Anda bekerja dan selepas Anda habis bekerja.
Akan ada saja masalah kerja, macam tak pernah habis, tak pernah surut. Sepatutnya, Anda kena seronok bekerja. kan ke Anda apply kerja tu sebab Anda merasa seronok dengan tugas-tugas Anda? Bukankah Anda sanggup di interview sebab Anda nak sangat kerja tu?
Jika Anda bekerja semata-mata Anda nak cari duit, lalu Anda bangga pula sebab Anda ada banyak duit dari kerja anda sekarang ini, maka motivasi kerja akan hilang, susah untuk muncul apatah lagi untuk bertahan lama. Lama kelamaan, Anda akan sentiasa dijangkiti stress. Ini realiti dalam kebanyakan orang yang bekerja.
Walaupun hakikatnya kita bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit dan mencari nafkah, lupakan dulu soal duit. Niatkan sebanyak mungkin bekerja untuk mencari kepuasan dalaman. Bila Anda keluar pergi bekerja, niatkan untuk merasai keseronokan membuat kerja. Jadikan itu lebih penting.
Bila dalaman Anda sudah puas, pasti luaran Anda mengikut dengan sendirinya. Semuanya akan teratur lancar, cukup bagus dan hebat sekali tanpa Anda sendiri sedari.
Silapnya kita, terlalu pentingkan duit , pendapatan dari gaji hingga lupa untuk memenuhi kepuasan bekerja, apatah lagi nak mencari keseronokan bekerja. Jika Anda selalu mengalami stress ditempat kerja, inilah masanya mengkaji balik bagaimana hati Anda, mentaliti Anda dan perangai Anda.
Mungkin Anda pernah sedikit (atau selalu) menunjuk-nunjuk, merasa riak dengan kerja Anda.. Kerja kita itu adalah hak Allah. Pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya kembali.
Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat seksa kubur dan banyak-banyaklah beristiqfar.
Isyaallah kita berjaya didunia dan akhirat. Aminnnnnnnnnnn ........
READ MORE- SIKAP KITA SEBAGAI ORANG BEKERJA.

SOPAK-BOTAK-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

READ MORE- SOPAK-BOTAK-BUTA

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.
2. mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
3. Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
4. Bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan pada bila-bila masa saja.
5. Sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya sebilang masa.
6. Mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
7. Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
8. Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar.
9. Memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
10. Memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
11. Menjaga rahsia serta maruah suami dankeluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
12. Mereka yang sentiasa menhormati suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
13. Memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.
14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.
15. Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
16. Menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
17. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
18. Bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan penuh tabah dan sabar.
19. Berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.
20. Tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.
21. Sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.
22. Bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazirkannya.
READ MORE- CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

JANGAN MENGHAMPIRI ZINA

Agama Samawi diseluruh duni telah mengharamkan dan membenters perzinaan. Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan amaran yang sangat tajam kerana perzinaan itu dapat merosakan masalah keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu, rosak akhlak, dan meruntuhkan hubungan masyarakat setempt. Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah:
“Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)
Islam apabila mengharamkan sesuatu itu maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram di samping untuk mengelak masyarakat daripada berlaku kucar-kacir kerana berzina itu salah satu fitnah yang besar. Justru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.
READ MORE- JANGAN MENGHAMPIRI ZINA