Download

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. SIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:013-5812281

ISLAM MENGHARAMKAN PERGAULAN BEBAS

Di antara yang diharamkan Islam ialah: Berdua-duan dengan perempuan lain iaitu: bukan suami-isteri tau bukan muhrim. Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu kerana disitu ada makhluk yang ketiga bersamanya iaitu syaitan Laknatullah.
Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad). "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya."

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya. Disamping itu juga Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan iparnya kerana sering terjadi dalam masyarakat kita hari ini yang dianggap sudah biasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain dan fitnah pun amat besar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati." (Riwayat Bukhari)

Yang dimaksud ipar ialah keluarga isteri/keluarga suami. Yakni bahawa berkhalwat (bersendirian) dengan ipar membawa bahaya dan kehancuran, iaitu hancurnya agama kerana terjadinya perbuatan maksiat; dan hancurnya seorang perempuan dengan dicerai oleh suaminya apabila sampai terjadi cemburu, serta membawa kehancuran hubungan sosial apabila salah satu keluarganya itu ada yang berburuk sangka kepadanya. Bahayanya ini bukan hanya sekadar kepada fitnah manusia dan perasaan-perasaan yang ditimbulkan saja, tetapi akan mengancam institusi rumahtangga dan kehidupan suami-isteri serta rahasia kedua belah pihak yang dibawa-bawa oleh lidah-lidah bercabang atau keinginan-keinginan untuk merusak rumahtangga tersebut. Justru itu pula, Ibnul Atsir dalam menafsirkan perkataan ipar adalah sama dengan mati itu mengatakan sebagai berikut: Perkataan tersebut biasa dikatakan oleh orang-orang Arab seperti mengatakan singa itu sama dengan mati, raja itu sama dengan api, yakni bertemu dengan singa dan raja sama dengan bertemu mati dan api.

Jadi berkhalwat dengan ipar lebih hebat bahayanya daripada berkhalwat dengan orang lain. Sebab kemungkinan dia dapat berbuat baik yang banyak kepada si ipar tersebut dan akhirnya memberatkan kepada suami yang di luar kemampuan suami, pergaulan yang tidak baik atau lainnya, Sebab seorang suami tidak merasa kikuk untuk melihat dalamnya ipar dengan keluar-masuk rumah ipar tersebut.
READ MORE- ISLAM MENGHARAMKAN PERGAULAN BEBAS

PAKAIAN WANITA ISLAM

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang ketat dan menampakan bentuk tubuh badan yang sangat mengiurkan dan tipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat membentuk di bahagian-bahagian tubuh mengikut keadaan badan seseorang perempuan, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah pada pandangan manusia yang biasa dilihat nampak termasuklah buah dada, punggung, paha, dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: 

(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan dapat masuk sorga, dan tidak akan mencium bau sorga, padahal bau sorga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka memakai pakaian tetapi hanya melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan bertelanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh dan bentuk badan yang menjadi idaman setengah lelaki yang tidak beriman, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini, yang mereka menjadikan idola kepada setengah-tengah artis-artis yang tidak takut kepada azab Allah yang amat pedih diakhirat kelak.

Dibalik keaghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam berbagai bentuk fesyen rambut dengan berbagai macam salon-salon kecantikan dimana ramai sekali laki-laki yang bekerja pada pekerjaan tersebut dengan upah yang sangat tinggi disamping para pelanggannya adalah kebanyakkanya perempuan. Tidak cukup dengan itu, ramai pula perempuan yang merasa kurang puas dengan rambut asli pemberian Allah dengan mewarnakan dengan berbagai jenis warna yang sangat menyakitkan hati jika dipandang oleh orang yang beriman dan sangat puas pandangan, bagi orang yang mata keranjang.Disamping itu juga. mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli, supaya nampak lebih menarik, menyenangkan dan lebih cantik sehingga dengan demikian dia akan menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.

Satu hal yang sangat menghairankan, sekarangini sering dikaitkan dengan masalah penjajahan politik dan kejatuhan moral, dan ini dapat dibuktikan oleh suatu kenyataan yang terjadi, dimana para penjajah politik itu dalam usahanya untuk menguasai rakyat sering menggunakan sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan untuk dapat mengalihkan pandangan manusia dengan diberinya kesenangan dan kedudukan kepada orang-orang yang tertentu tidak lagi mahu memperhatikan persoalannya yang lebih umum.
READ MORE- PAKAIAN WANITA ISLAM