Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia bengkak hati kerana iri hati. Telinganya menjadi besar dan merah apabila melihat orang lain berjaya.Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Orang yang gagal juga memberi pandangan dan pendapat kenapa orang berjaya mendapat kejayaan. Tafsirannya juga mengisirkan perkara yang sensitif dengan kejayaannya. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-oranggagal.
Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan. Ayuh bangun anak bangsa ku untuk kejayaan.
Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.
Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.
Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.. Ayuh……………bangun wahai bangsa ku. Lihat kejayaan di hadapan. Berjalan biar ke depan. Jangan toleh ke belakang.Takbir. ..........
Silapnya kita sebagai orang yang bekerja sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, kita menunjuk-nunjuk pada orang yang kita ada kerja. Kita terlalu bangga dengan pekerjaan kita, pakaian kita yang kemas, gaya korporat dan masuknya pula ikut waktu pejabat. Pakai pula kereta besar, isteri yang cantik dan isteri pula bangga dengan jawatan dan pendapatan suami. Kalau memandu kereta, orang di hadapan pun dah tak nampak. Rasa besar hati, bangga diri. Kita terlalu mementingkan aspek luaran, bukan aspek dalaman terutama hati kita. Untuk nak ada keseronokan bekerja, sepatutnya kita tak harus bangga dengan kerja kita tu, pakaian kita, laptop kita, wakut kerja kita. Sepatutnya kita tak harus merasa kerja kita lebih baik standardnya dari orang lain kerana kita bekerja tetap dan gaji kita datang tiap hujung bulan.
Kita tidak harus temberang, become too excited dengan status kerja kita, terutama apabila majikan kita adalah kerajaan. Kerja bukan untuk ditemberangkan, ditunjuk-tunjuk atau dibangga-banggakan, tapi untuk memenuhi kepuasan diri. Baru ada motivasi kerja! Anda tak tahu satu rahsia. Lebih banyak Anda berbangga dengan kerja Anda sekarang ini dan merasa riak dengannya, lebih banyak keseronokan kerja Anda yang akan hilang. Maknanya, akan lebih banyak masalah muncul satu persatu di tempat kerja Anda, ketika Anda bekerja dan selepas Anda habis bekerja. Akan ada saja masalah kerja, macam tak pernah habis, tak pernah surut. Sepatutnya, Anda kena seronok bekerja. kan ke Anda apply kerja tu sebab Anda merasa seronok dengan tugas-tugas Anda? Bukankah Anda sanggup di interview sebab Anda nak sangat kerja tu? Jika Anda bekerja semata-mata Anda nak cari duit, lalu Anda bangga pula sebab Anda ada banyak duit dari kerja anda sekarang ini, maka motivasi kerja akan hilang, susah untuk muncul apatah lagi untuk bertahan lama. Lama kelamaan, Anda akan sentiasa dijangkiti stress. Ini realiti dalam kebanyakan orang yang bekerja. Walaupun hakikatnya kita bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit dan mencari nafkah, lupakan dulu soal duit. Niatkan sebanyak mungkin bekerja untuk mencari kepuasan dalaman. Bila Anda keluar pergi bekerja, niatkan untuk merasai keseronokan membuat kerja. Jadikan itu lebih penting. Bila dalaman Anda sudah puas, pasti luaran Anda mengikut dengan sendirinya. Semuanya akan teratur lancar, cukup bagus dan hebat sekali tanpa Anda sendiri sedari. Silapnya kita, terlalu pentingkan duit , pendapatan dari gaji hingga lupa untuk memenuhi kepuasan bekerja, apatah lagi nak mencari keseronokan bekerja. Jika Anda selalu mengalami stress ditempat kerja, inilah masanya mengkaji balik bagaimana hati Anda, mentaliti Anda dan perangai Anda. Mungkin Anda pernah sedikit (atau selalu) menunjuk-nunjuk, merasa riak dengan kerja Anda.. Kerja kita itu adalah hak Allah. Pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya kembali. Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat seksa kubur dan banyak-banyaklah beristiqfar. Isyaallah kita berjaya didunia dan akhirat. Aminnnnnnnnnnn ........
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.
1. mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri. 2. mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan. 3. Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami. 4. Bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan pada bila-bila masa saja. 5. Sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya sebilang masa.
6. Mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri. 7. Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya. 8. Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar. 9. Memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat. 10. Memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan. 11. Menjaga rahsia serta maruah suami dankeluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri. 12. Mereka yang sentiasa menhormati suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki. 13. Memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’. 14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat. 15. Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya. 16. Menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang. 17. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami. 18. Bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan penuh tabah dan sabar. 19. Berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap. 20. Tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya. 21. Sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. 22. Bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazirkannya.
17 JUN 2009 - USTAZ GHAZALI HASBULLAH 18 JUN 2009 - USTAZ ASMUDI 20 JUN 2009 - USTAZ KAMARUDIN 21 JUN 2009 - USTAZ MOHD BIN EMBONG 22 JUN 2009 - USTAZ YOB SAIDIN 23 JUN 2009 - USTAZ HJ MOHD YANI 25 JUN 2009 - USTAZ AZHAR LATIF 27 JUN 2009 - USTAZ KAMARUDIN 28 JUN 2009 - USTAZ MOHD EMBONG