Download

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL. SIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:013-5812281

SIKAP KITA SEBAGAI ORANG BEKERJA.

Silapnya kita sebagai orang yang bekerja sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, kita menunjuk-nunjuk pada orang yang kita ada kerja. Kita terlalu bangga dengan pekerjaan kita, pakaian kita yang kemas, gaya korporat dan masuknya pula ikut waktu pejabat. Pakai pula kereta besar, isteri yang cantik dan isteri pula bangga dengan jawatan dan pendapatan suami. Kalau memandu kereta, orang di hadapan pun dah tak nampak. Rasa besar hati, bangga diri. Kita terlalu mementingkan aspek luaran, bukan aspek dalaman terutama hati kita.
Untuk nak ada keseronokan bekerja, sepatutnya kita tak harus bangga dengan kerja kita tu, pakaian kita, laptop kita, wakut kerja kita. Sepatutnya kita tak harus merasa kerja kita lebih baik standardnya dari orang lain kerana kita bekerja tetap dan gaji kita datang tiap hujung bulan.
Kita tidak harus temberang, become too excited dengan status kerja kita, terutama apabila majikan kita adalah kerajaan. Kerja bukan untuk ditemberangkan, ditunjuk-tunjuk atau dibangga-banggakan, tapi untuk memenuhi kepuasan diri. Baru ada motivasi kerja!
Anda tak tahu satu rahsia. Lebih banyak Anda berbangga dengan kerja Anda sekarang ini dan merasa riak dengannya, lebih banyak keseronokan kerja Anda yang akan hilang. Maknanya, akan lebih banyak masalah muncul satu persatu di tempat kerja Anda, ketika Anda bekerja dan selepas Anda habis bekerja.
Akan ada saja masalah kerja, macam tak pernah habis, tak pernah surut. Sepatutnya, Anda kena seronok bekerja. kan ke Anda apply kerja tu sebab Anda merasa seronok dengan tugas-tugas Anda? Bukankah Anda sanggup di interview sebab Anda nak sangat kerja tu?
Jika Anda bekerja semata-mata Anda nak cari duit, lalu Anda bangga pula sebab Anda ada banyak duit dari kerja anda sekarang ini, maka motivasi kerja akan hilang, susah untuk muncul apatah lagi untuk bertahan lama. Lama kelamaan, Anda akan sentiasa dijangkiti stress. Ini realiti dalam kebanyakan orang yang bekerja.
Walaupun hakikatnya kita bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit dan mencari nafkah, lupakan dulu soal duit. Niatkan sebanyak mungkin bekerja untuk mencari kepuasan dalaman. Bila Anda keluar pergi bekerja, niatkan untuk merasai keseronokan membuat kerja. Jadikan itu lebih penting.
Bila dalaman Anda sudah puas, pasti luaran Anda mengikut dengan sendirinya. Semuanya akan teratur lancar, cukup bagus dan hebat sekali tanpa Anda sendiri sedari.
Silapnya kita, terlalu pentingkan duit , pendapatan dari gaji hingga lupa untuk memenuhi kepuasan bekerja, apatah lagi nak mencari keseronokan bekerja. Jika Anda selalu mengalami stress ditempat kerja, inilah masanya mengkaji balik bagaimana hati Anda, mentaliti Anda dan perangai Anda.
Mungkin Anda pernah sedikit (atau selalu) menunjuk-nunjuk, merasa riak dengan kerja Anda.. Kerja kita itu adalah hak Allah. Pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya kembali.
Ingat Allah, Ingat Mati, Ingat seksa kubur dan banyak-banyaklah beristiqfar.
Isyaallah kita berjaya didunia dan akhirat. Aminnnnnnnnnnn ........
READ MORE- SIKAP KITA SEBAGAI ORANG BEKERJA.

SOPAK-BOTAK-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

READ MORE- SOPAK-BOTAK-BUTA

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.
2. mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
3. Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
4. Bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan pada bila-bila masa saja.
5. Sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya sebilang masa.
6. Mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
7. Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
8. Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar.
9. Memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
10. Memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
11. Menjaga rahsia serta maruah suami dankeluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
12. Mereka yang sentiasa menhormati suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
13. Memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.
14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.
15. Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
16. Menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
17. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
18. Bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan penuh tabah dan sabar.
19. Berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.
20. Tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.
21. Sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.
22. Bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazirkannya.
READ MORE- CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

JANGAN MENGHAMPIRI ZINA

Agama Samawi diseluruh duni telah mengharamkan dan membenters perzinaan. Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan amaran yang sangat tajam kerana perzinaan itu dapat merosakan masalah keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu, rosak akhlak, dan meruntuhkan hubungan masyarakat setempt. Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah:
“Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)
Islam apabila mengharamkan sesuatu itu maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram di samping untuk mengelak masyarakat daripada berlaku kucar-kacir kerana berzina itu salah satu fitnah yang besar. Justru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.
READ MORE- JANGAN MENGHAMPIRI ZINA

PITNAH HARTA

Termasuk fitnah pada masa ini ialah harta benda dunia yang banyak menguasai atau beraja dihati manusia Sehinggakan mereka lebih mengutamakan atau memberi keutamaan harta benda dunia daripada menunaikan hak-hak Allah SNW. Mereka tidak pedulikan dengan apa cara apa sekalipun untuk memperolehi harta benda itu dengan cara yang halal atau yang haram, asalkan mereka memperolehi harta tersebut. Adapun faktor pendorongnya adalah hawa nafsu yang diciptakan untuk selalu mencintai harta benda dunia. Akibatnya adalah manusia akan lupa bahawa apa yang mereka lakukan akan terjerumus ke dalam perbuatan yang haram. Pada hari ini banyak ditemukan orang-orang yang berbangga-bangga dan bermegah dengan harta yang banyak ataupun orang yang menunjukan harta kekayaan mereka dan mereka lupa bahawa harta yang mereka perolehi itu adalah milik Allah. Allah hanya memberi mereka meminjam sementara atau Allah memberikan amanah kepada mereka untuk mereka menjaganya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (At-Takatsur: 1)
“Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab". (Saba': 35)
Betapa ramai orang-orang yang tergoda dengan harta benda dunia. Dan betapa banyak pula orang-orang yang bertanya-tanya bagaimana si Fulan dapat mengumpulkan harta sebanyak itu hingga ia menjadi orang kaya dan dapat membangun istana-istana dan gedong-gedong yaang besar, memiliki ini dan itu di dalam dan luar negeri? Hingga ia pun berangan-angan dan akhirnya condong kepada harta dunia.
Dan betapa banyak pula orang yang terpedaya dengan cubaan harta ini. Mereka mengumpulkan harta tanpa peduli halal haram. Akhirnya mereka terjerumus ke dalam kancah riba, penipuan, suap-menyuap, dan lainnya. Semua itu kerana asyiknya mengumpulkan harta. Sekalipun dengan cara mencuri, korupsi, menggelapkan harta negara tanpa hak dan lain-lain. Maksudnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbanyak dan mengembangkan hartanya sehingga ia lupa Allah sehingga akhir hayat.
Apabila telah memperoleh harta yang banyak, maka mereka habiskan untuk berfoya-foya, memuaskan nafsu syahwat, mengenakan pakaian-pakaian yang disukai, tanpa memperhatikan batas halal haramnya lagi. Demikianlah musibah menjadi bertambah besar. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa harta adalah cubaan. Dan yang beliau takutkan atas kita adalah harta dunia yang dibentangkan dan gemerlap dunia yang Allah Subhanahu wa Ta'ala keluarkan bagi kita. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allahlah pahala yang besar.” (At-Taghabun: 15)
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala jualah yang telah menganugerahkan harta benda tersebut. Dan menjadi cubaan bagi hamba yang menerimanya. Apakah ia tergelincir ke dalam perkara haram disebabkan harta itu? Apakah ia membeli barang-barang terlarang kerana tidak puas dengan yang dibolehkan? Ataukah ia gunakan untuk memuaskan nafsunya sekalipun dengan perkara yang haram!?
Misalnya setiap kali bepergian ke luar negeri, ia terjerumus ke dalam perkara haram, seperti meminum khamar, berzina, dan lainnya. Akhirnya mereka sedar dan membuka mata dalam kubur sahaja. Itulah fitnah besar pada zaman sekarang ini. Kita memohon kepada Allah SNW. keselamatan dari segala kejelekan tersebut.

READ MORE- PITNAH HARTA

MENIPISKAN ALIS

Salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan dilakukan oleh kebanyakkan wanita hari ini yang sangat diharamkan oleh agama Islam ialah mencukur rambut alis dimata untuk ditinggikan, dikecilkan atau disamakan atau dibuangkan terus dengan menggantikan dengan celak atau bahan-bahan yang lain berwarna hitam atau lainnya supaya nampak kemas dan segak. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya seperti sabdanya yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari) Sedang dalam Bukhari disebut: Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul. Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias. Tetapi oleh Imam Nawawi diperketat, bahawa mencukur rambut dahi itu samasekali tidak boleh. Dan dibantahnya dengan membawakan riwayat yang tersebut dalam Sunan Abu Daud: Bahawa yang disebut namishah (mencukur alis) sehingga tipis sekali. Dengan demikian tidak termasuk menghias muka dengan menghilangkan bulu-bulunya.Oleh itu mencukur alis ituwalaupun diizinkan oleh suami tetapi islam tetap mengharamkan perkara tersebut kerana ia adalah sifat orang jahiliah dan menjadi fitnah kepada masyarakat keseluruhannya.
Imam Thabari meriwayatkan dari isterinya Abu Ishak, bahawa satu ketika dia pernah ke rumah Aisyah, sedang isteri Abu Ishak adalah waktu itu masih gadis yang jelita. Kemudian dia bertanya: Bagaimana hukumnya perempuan yang menghias mukanya untuk kepentingan suaminya? Maka jawab Aisyah: Hilangkanlah kejelekan-kejelekan yang ada pada kamu itu sedapat mungkin.
READ MORE- MENIPISKAN ALIS

SIKAP IBUBAPA

Sekarang mari kita beralih pula pandangan kepada sikap ibubapa terhadap anak-anak mereka, terutamanya kepada anak-anak yang masih gadis remaja. Ada di antara ibubapa yang menggalakkan anakanak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen yang menjolok mata. Anggapan mereka bahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiap orang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segera dilamar. Berfikirlah wahai ibubapa sekelian bahawa anda sangat bertanggungjawab terhadap anakanak dan masa depan mereka dan bertanggungjawab di hari perhitungan dan perbicaraan di hadapan Allah nanti. Relakah hati kamu menjadikan anak-anak kamu seperti barang-barang dagangan yang boleh dijual-beli. Ingatlah, lelaki hartawan sahaja yang akan memperisterikan mereka. Orang yang banyak harta memang mampu membeli kecantikan untuk memuaskan nafsu mereka sahaj. Selepas itu janganlah kamu kesal wahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkan begitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaan seperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.
Lelaki yang beriman dan mematuhi segala suruhan Allah tidak akan melamar anak kamu kerana mereka orang ‘arif, yang mana intan dan yang mana saduran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak logik lelaki yang beriman akan memilih perempuan yang rosak akhlak dan tidak berbudi pekerti sebagai teman hidup mereka.
Setelah berdiskusi dengan para ibubapa, sekarang mari pula kita membuat tinjuan secara ringkas bagaimana pula keadaaan suri-suri rumahtangga, khasnya di bidang make-up. Mereka melahirkan reaksi dengan kata, “Kami keluar rumah dengan bermake-up hanya untuk memuaskan hati suami dan patuh kepada kehendaknya”. Reaksi sedemikian rupa adalah palsu dan alasan tersebut memang tidak berasas sama sekali. Adakah dengan mematuhi suruhan suami tersebut boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kemurkaan Allah? Allah PenciptaImbang Penuhkamu dan juga suami kamu. Supaya lebih jelas lagi, mari kita renungi sabda Rasul s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu taat sesama manusia hingga kamu sanggup derhaka kepada Allah, Allah Pemcipta manusia” dan sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud: “Tiada kepatuhan melainkan kepada kebaikan”. Manakala Allah pula telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya, juga kepada pemerintah-pemerintah yang terdiri daripada kamu……” (al-Nisaa’: 59)
Berpandukan kepada maksud Hadith dan ayat al-Quran di atas, adakah kamu wahai suri-suri rumah diwajibkan menta’ati suruhan suami terlebih dahulu sebelum melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya?? Jika kamu memahami ayatayat al-Quran sudah pasti kamu sendiri dapat memberi jawapan. Mengikut konteks hadith Rasulullah dan firman Allah yang tersebut, bukanlah pengertian seperti yang difahami oleh puan-puan. Malahan fahaman yang sebenar ialah mematuhi suruhan Allah dan RasulNya sebelum menta’ati orang-orang yang
bertanggungjawab terhadap diri kamu, seperti menta’ati kedua ibubapa, suami dan pemerintah. Ta’at setia ini kita berikan kepada mereka tersebut selama mana suruhan mereka tidak berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya. Jika suruhan mereka didapati bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya, mestilah kita kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya.
Suami yang tidak menta’ati suruhan Allah dan menyuruh kamu pula jangan menta’ati suruhan Allah, maka jangan sekali-kali kamu mematuhi suruhan tersebut, walaupun kamu terpaksa mengalami berbagai-bagai masalah.
Umpamanya berkemungkinan kamu ditinggalkan sekiranya kamu diceraikan, berpisahlah anak-anak kamu dan hancur leburlah rumahtangga kamu. Perlu diingatkan, jika kamu seorang wanita yang patuh dan ta’at kepada ajaran Islam tidak mungkin kamu dapat hidup bahagia di samping suami yang korup, runtuh moralnya, tidak berbudi pekerti yang mulia dan durhaka pula terhadap ajaran Allah. Jiwa yang suci murni akan berbahagia di samping bertuhankan harta benda walaupun dibendung istana yang bertatahkan ratna mutu-manikam.
Allah juga berfirman di dalam surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud:
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudarasaudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah
redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahan rahmatNya. Meraka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa golongan Allah, itu golongan yang beruntung”.
READ MORE- SIKAP IBUBAPA
Pancaindera yang ada pada generasi sekarang sudah tidak memberi erti lagi bagi mereka. Mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Mereka menggunakan pancaindera untuk memenuhi dorongan hawa nafsu dan ada di kalangan wanita Islam yang sanggup menukarkan kejadian Allah dengan melakukan pembedahan badan demi semata-mata untuk memuaskan kehendak syaitan yang sering meronta-ronta untuk mendorong manusia melakukan kejahatan di i zaman ini. Penukaran dilakukan dengan alasan supaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan wanita-wanita lain yang cantik rupawan tanpa memikirkan asal kejadiaan Allah yang menjadikan manusia asalnya adalah seelok-elok kejadian. Dengan demikian mereka tidaklah dianggap berpakaian ganjil dan tidak lagi menerima
ejekan dari teman dan masyarakat sekeliling. Mereka malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogel nampak pusat, bengkak sana sini, asalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, mereka sanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran di hadapan perompak, mereka rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayan dan memuaskan penagih-penagih arak….. Sekiranya mereka lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidak mematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayani kehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNya kamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri mereka dan manusia semua…? Oleh kerana golongan yang mengejek-ejek pakaian Islam tidak memahami perundangan Islam, seharusnya kamu yang berpelajaran pula mesti menyampaikan pelajaran tersebut kepada mereka. Sebelum itu, jadilah diri kamu, akhlak dan pakaian kamu sebagai contoh atau tauladan untuk mereka semua.
Kalau mereka masih juga mempermainkan kamu, ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui di pihak mana yang benar dan di pihak mana pula yang bersalah. Sudah memadai kamu menyahut ejekan tersebut dengan firman Allah yang bermaksud: ” (Hud: 39-38).
“Jika kamu mengejek kami sesungguhnya kami mengejek kamu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang kekal '
Berpakaian Islam seperti bertudung kepada dan berbaju labuh hingga menutup ‘aurat melambangkan kualiti seorang wanita Islam. Bukanlah kualiti seseorang wanita itu terletak pada alat-alat solek, kuku yang panjang serta dihiasi warna mata yang disalutkan max factor dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di zaman sekarang. Suatu perkara yang luar biasa di zaman ini, kaum wanita yang beragama Islam tidak menta’ati suruhan Allah s.w.t dan tidak sanggup berpakaian Islam. Malahan mereka mempermain-mainkan pula
saudara mereka yang berpakaian sedemikian rupa. Awas…! Dunia ini laksana roda. setiap hari berputar tanpa henti melainkan saat ke kiamat. Hari ini kamu mentertawakan orang lain, tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka” (al- Mutaffifin: 29-30).
READ MORE-

AMARAN ALLAH

Allah s.w.t telah memberi amaran, khasnya ditujukan kepada orang-orang yang beriman di dalam firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati perbuatan zina…..” (al-Israk: 32). Natijah ayat tersebut, Allah s.w.t telah memerintahkan orang-orang Islam supaya menjauhkan diri dari sebarang perbuatan yang membawa kepada kemungkaran. Umpamanya, penzinaan tidak mungkin berlaku andaikata tidak didahului dengan sentuhan perasaan dansambutan. Oleh itu sudah menjadi syari’at Islam, apabila mengharamkan kemungkaran, maka segala jalan yang membawa kepada kemungkaran tersebut juga diharamkan. Syeikh Muhammad al-Ghazali ada menyatakan: “Andai kita sudah mengenali jenis penyakit yang dihadapi, masakan pula berlaku perbalahan cara mengubatinya di kalangan kita.” Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi dengan sabdanya yang bermaksud:
“Penglihatan yang bernafsu sudah dianggap penzinaan.” Sabdanya lagi: “Tiga jenis mata yang tidak disentuh api neraka: mata yang tidak memandang perkaraperkara yang diharamkan Allah, mata yang berwaspada di dalam perang, mata yang menangis kerana takutkan siksaan Allah.”
Nabi ‘Isa a.s pula bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia sudah dianggap melakukan penzinaan di dalam hati.”
Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amat besar. Sebagai bukti, cuba kita lihat, berapa banyak terdapat di kalangan masyarakat yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk memperlengkapkan perabot rumah dalam bentuk yang indah. Umpamanya alatalat kegunaan di dapur seperti pinggan mangkuk, gelas cawan, yang semuanya
berset (beserta berpasangan). Semua alat-alat ini beraneka bentuk dan fesyen. Malahan ada pula di antaranya yang sengaja dipamerkan di ruang tamu. Sudah tentu bijana-bijana yang dipamerkan itu lebih mahal dan menarik dari digunakan di dapur. Penzahiran ini, semuanya menarik perhatian pandangan setiap tetamu yang datang. Perbuatan ini seolah-olah tuan rumah itu membentangkan santapan mata terlebih dahulu sebelum dihidangkan juadah makanan.
Memang benar apa yang dikatakan ‘Makanan mata lebih berharga dari makanan mulut’. Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbuka selera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya. Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Cuba perhatikan, orang-orang perempuan pada zaman ini terutamanya anakanak gadis. Mereka tidak akan keluar ke tempat-tempat belajar, kelab-kelab
wanita, tempat-tempat kenduri dan sebagainya sebelum muka ditempel dengan berbagai alat make-up. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menarik setiap lelaki yang ditemui di jalan. Apatah lagi bagi pemuda-pemuda di kaki lima, bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal.
Oleh itu berwaspadalah kamu wahai orang-orang beriman. Ingatlah, ada barang-barang di dunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Di samping itu ada pula yang tidak boleh dipamerkan dan dilihat. Tidak dinafikan bahawa setiap insan mempunyai perasaan (emosi) seperti suka-duka, inginkan pemandangan yang indah, tetapi itu adalah perkara biasa atau normal sahaja. Dorongan syahwat tidak akan bertindak ganas jika tidak dilayani dengan mendedahkan perkaraperkara
yang membangkitkan berahi di hadapannya. Punca keberahian tidak akan lahir tanpa pancaindera. Oleh itu memang tepat apa yang dikatakan oleh penyair “punca maksiat terbit dari penglihatan”. Dari penglihatan masuk ke hati. Dari hati menuju ke otak. Dari otak turun ke shahwat. Dari shahwat bersama syaitan. Syaitan suruh kejahatan. Akhirnya tidak kesedaran.Hilanglah kemuliaan. fikirlah sendiri ........
READ MORE- AMARAN ALLAH

TRADISI BERSOLEK

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……! Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..? Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka lemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone. Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Sedangkan kaum lelaki pula memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifatsifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.
Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam ayat-ayatNya yang bermaksud: “Bukankah dia didahului setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan”(al-Qiamah: 37-39)
READ MORE- TRADISI BERSOLEK

BERSOLEK ADALAH TANDA KEKOLOTAN

Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”. Di zaman silam, amalan bermake-up – wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras – adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)
Pujangga Arab pula ada berkata: “Otak kolot gemarkan perhiasan. Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang terpelajar Islam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak, malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup sebagai perhiasan diri. Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian ditumpukan kepada kerohanian sepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian ke bidang material. Tapi tidak
mengapa, ukuran manusia di hati dan lisannya, bukan ukuran terletak di kot atau di gaunnya.
Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:
Ambillah jiwa yang suci ini
Lengkapkan pula budi pekerti
Tidak kebahagian di rupa paras
Tapi berbahagia di jiwa yang murni!
Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang barubaru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjamjam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia
ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “…..Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat
petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Qasas: 50).
Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Penjelasan tersebut dapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud: “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabarlah dia dengan azab
yang pedih” (al-Jathiah: 7-8)
Ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapa malahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. Jika tidak ada, boleh ditinggalkan begitu sahaja. Terhadap golongan ini, jangan lupa pula Allah ada berfirman yang bermaksud: “….Apakah kamu beriman kepada sebahagian al- Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksaan yang sangat berat. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu lakukan” (al-Baqarah: 85).
Bukan semua perundangan dan suruhan Allah mengikut kehendak dan hawa nafsu manusia seperti firman Allah yang bermaksud: “Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini serta semua yang ada di dalamnya” (al-Mukminun: 71)
Dan firmanNya yang lain yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan bagi perempuan mukminat, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka dia telah sesat yang nyata” (al-Ahzab: 36).
Beginilah situasi hidup manusia semua kiranya hidup dikuasai nafsu, suruhan yang baik dirasai bagai hempedu, maksiat terkutuk disangkakan madu. Manusia begini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup pada penglihatannya. Maka
siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka apakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (al-Jathiah: 23).
READ MORE- BERSOLEK ADALAH TANDA KEKOLOTAN

BERMAKE-UP ….HARAM!


Ramai di kalangan belia-beliawanis sekarang yang telah bertuhankan hawa nafsu. Mereka sanggup mengatakan bahawa mereka masih muda remaja, belum tiba masanya untuk bertudung dan berjubah. Idea mereka seolah-olah memberi erti bahawa bertudung kepala dan berbaju menutup ‘aurat hanyalah untuk golongan tua yang akan mati esok atau lusa. Allah menyuruh setiap wanita – samada yang masih remaja atau telah tua, tetapi masih memakai alat-alat solek supaya memakai tudung. Wanita-wanita yang telah lanjut usia, perjalanan haid
telah terputus, maka mereka dibenarkan berbuka kepala andainya mereka tidak menggunakan sebarang alat-alat make-up di bahagian muka atau menggunakan rambut palsu. Untuk menjelaskan lagi, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiada keinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Nur: 60)
Mengikut fahaman ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah s.w.t telah memberi satu keistimewaan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia. Mereka dibolehkan keluar rumah dengan tidak bertudung. Meskipun kemudahan tersebut diberi, tetapi nenek-nenek harus ingat, Allah s.w.t membolehkan mereka membuka kepala dan muka dengan syarat yang telah lanjut, tetapi sekiranya hati masih remaja, ingin bersolek, bermake-up dan sebagainya, maka hukumnya samalah dengan wanita-wanita yang masih muda remaja. Wajib bertudung. Allah Maha Kuasa untuk menciptakan manusia dalam bentuk apa jua sekalipun. Ada wanita-wanita yang berupa paras kurang cantik. Umpamanya muka yang berparut, ada pula kulit mukanya yang berbintil-bintil dan ada pula yang memiliki rambut panjang. Terhadap golongan-golongan ini pula, harus
diingatkan bahawa berhijab atau bertudung bukanlah diwajibkan terhadap wanita-wanita yang cantik sahaja. Oleh itu jangan kamu mengambil kesempatan mendedahkan ‘aurat kamu atau mengunakan alat-alat solek untuk menutup kekurangan tadi. Tutupilah dengan hijab seperti yang dikehendaki Islam. Bukankah itu lebih baik…?! Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakan wanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakan wanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlalu
berkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yang dikatakan, “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”. Allah s.w.t menyuruh semua wanita supaya berhijab dan melarang mereka dari mengamalkan pergaulan bebas yang sudah merebak pada hari ini. Di sebalik suruhan dan laran gan tersebut ada hikmah-hikmahnya. Umpamanya, seorang
suami yang memiliki isteri yang kurang cantik, tidaklah berhasrat untuk merampas isteri saudaranya yang cantik. Masakan dia dapat berbuat demikian sedangkan dia tidak pernah melihat ‘aurat wanita lain selain daripada isterinya. Oleh itu bagaimana sekalipun rupa paras isterinya, itulah secantik-cantik wanita yang halal baginya di dunia ini. Dengan demikian setiap hidup aman damai, anakanak tidak terpisah dari ibu kandungnya, masyarakat juga aman bahagia.
Wahai wanita-wanita Islam! Tutupilah ‘auratmu seperti yang disyariatkan Islam. Janganlah kamu menggunakan kecantikan anggota mengikut perasaan. Sedarlah, disebabkan pendedahan yang kamu lakukan, sudah berapa banyak belia-belia yang tergoda dan tersiksa. Oleh itu awasilah moral dan akhlak kamu semua. Hayatilah ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Seperti yang dijelaskan, memang sukar untuk melayan selera jumhur, tidak sesukar melayan selera suami di rumah, tetapi setelah bertopengkan syaitan, perkara yang sukar menjadi idaman. Sebagai bukti, cuba lihat beberapa wanita hari ini yang tidak mungkin keluar rumah andainya muka b elum disaluti Amami, bibir belum digincu, mata belum dikenakan eye-shadow dan pipi belum dimerahkan. Hakikat sebenarnya, segala yang kamu kerjakan merugikan diri kamu sendiri. Di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu membazirkan wang beringgitringgit
sementara di akhirat pula kamu berbogel di dalam neraka. Sungguh sial andainya kecantikan membawa padah. Ke mana sahaja kamu pergi, lelaki ganas yang kamu temui sedangkan lelaki yang baik beradab akan menjauhkan diri. Wahai wanita Islam semua! Tepuk dada tanya selera. Betulkah kamu benarbenar beriman kepad Allah, cinta dan patuh pula kepada segala suruhanNya. Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, apalah teguran dan peringatan Baginda
terhadap kamu semua yang masih bermake-up, bersenang-senangan dan bercampul gaul di antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan yang tertentu. Meskipun Rasulullah telah pergi meninggalkan kamu terlebih dahulu, namun Allah tetap kekal buat selama-lamanya. Dia tetap melihat apa yang kamu kerjakan, samada baik atau buruk. Tergambarlah di fikiran, bagaimana dahsyatnya siksaan di hari Mahsyar kelak. Kalau tergambar demikian, kenapa masi h tidak mahu beramal..?!
Harus diingatkan, di hari Mahsyar nanti, kamu tidak berhak memproters di hadapan Allah. Rasul telah diutuskan dan segala suruhan serta larangan telah disampaikan kepada manusia semua. Semua suruhan dan larangan tersebut terbentang di hadapan kamu. Oleh itu hak memilih terserahkan kepada kamu, samada suka bergaul bersama-sama saudara kamu di syurga atau rela badan tersiksa di dalam neraka di hari kebangkitan kelak. Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Terdapat dua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan, didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayunhayun laksanan ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang
kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacurpelacur,
berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk ke syurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan syurga melebihi ilma ratus tahun perjalanan”.
Andai puan-puan masih meraba-raba di siang hari, menentang ajaran al- Quran dan Hadith, mengikut perasaan dan dorongan Iblis hingga melewati perbatasan yang dilarang Alllah, nescaya kamu terjerumus ke lembah maksiat. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka. Ia kekal didalamnya
dan baginya siksaan yang amat menghinakan” (al-Nisaa’: 14)
Awas puan-puan semua jangan sampai hidup bersandiwara, menafikan kebenaran, mempertahankan kemungkaran. Tidakkah kamu terfikir bahawa bermake-up satu perbuatan yang salah? Ya, jika perasaan dikuasai iblis, kuasa penglihatan sudah tidak bererti lagi. Yang halal dikatakan haram dan yang haram dikatakan halal. Allah memberi peringatan dalam firmanNya yang bermaksud:
“Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk, lalu dia menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu oleh syaitan? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya. Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (al-Fatir: 8)
Hanya inilah diskusi yang dapat saya utarakan. Saya rasa sudah cukup sebagai pengenalan dasar untuk saudara-saudari yang cintakan kebenaran. Terhadap golongan yang masih lalai, saya ingin berseru. Berfikirlah dua kali, bahkan tiga kali, atau empat kali dan seterusnya hingga mendapat petunjuk semata-mata datangnya dari Allah. Oleh itu tunduk dan sujudlah kepada Allah
pohonlah hidyat dariNya, mintalah petunjuk dariNya. Mudah-mudahan kamu dapat membezakan yang mana golongan yang berpihak kepada golongan kolot yang masih berpakaian membuka ‘aurat, tak ubah seperti di zaman jahiliyyah, agaknya inilah yang dikatakan “Jahiliyyah Kedua Puluh”.
READ MORE- BERMAKE-UP ….HARAM!

ISLAM ADALAH AGAMA KERJA

“.. Dan bekerjalah, Wahai Keluarga Daud, sebagai (ungkapan) syukur (kepada Allah) (QS 34;14)


Banyak orang memberikan gambaran orang Islam yang baik dan taat, adalah semata-mata dari berapa banyak dia melakukan shalat sunat, doa-doa, dzikir-dzikir, dan lain-lain. Sangat jarang orang mengaitkan ketaatan beragama misalnya dengan bagaimana dia giat bekerja, tegar berusaha, rajin di laboratorium atau berperilaku hemat. Bahkan kadang orang yang "terlalu" giat bekerja dicap sebagai orang yang jauh dari agama. Tentu benar, ketaatan beribadah (dalam arti ritual) menjadi syarat mutlak ketaatan seseorang, namun sesungguhnya kalau kita kaji lebih dalam Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi kerja, amal saleh (yang artinya perbuatan baik), atau action. Kerja adalah bagian penting dari ibadah. Islam adalah agama kerja.Berikut, akan disampaikan sepintas ilustrasi bagaimana Islam sesungguhnya meninggikan nilai kerja, amal nyata, atau action yang berguna bagi lingkungan dan bagi sesama.
Kerja adalah Pesan Moral dan Tindak Lanjut dari Ibadah Ritual
Kalau kita perhatikan ibadah (ritual) dalam Islam memiliki bentuk yang sangat khas dibanding dengan agama lain. Apa itu? Jika ibadah dalam agama lain dilakukan dengan kondisi relatif diam, tenang, dan pasif, maka ibadah dalam Islam sangat dinamis, dan penuh dengan gerakan-gerakan. Contoh sangat nyata adalah shalat. Shalat adalah ibadah yang sangat sentral dan teragung dalam Islam, bahkan menjadi batas keimanan seseorang atau tidak. Kalau kita amati, shalat dari awal sampai dengan akhir, disertai dengan gerakan seluruh tubuh kita. Apalagi haji, sebagai ibadah paripurna seorang muslim. Haji adalan ibadah total action, sangat penuh dengan gerakan fisik. Kalau shalat meski penuh gerakan namun di tempat saja, maka haji gerakannya melintasi tempat yang jauh. Begitu juga puasa, zakat, semuanya action.

Ibadah adalah penghambaan kepada Allah semata, namun semua ibadah kita harus memiliki implikasi kerja, implikasi sosial. Bahkan tata urutan ibadah selalu terkait dengan kerja. Shalat, misalnya, didasari dengan wudlu (penyucian diri), diawali dengan takbir (pengagungan kepada Allah), dan diakhiri dengan salam ke kanan dan kekiri. Salam adalah menyebarkan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan. Pesannya sangat jelas! Kegiatan ibadah shalat berupa ibadah penyucian diri, dan mengagungkan Allah, harus dibuktikan dengan menyebarkan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan kepada lingkungan. Dan itu –tidak bisa tidak- dilakukan dengan kerja, action. Secara jelas Al-Quran menyebut pesan moral atau tujuan dari shalat berkaitan
dengan kerja. “…dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar” (QS Al-Ankabut: 45) Begitu juga ibadah shaum (puasa) yang merupakan ibadah pengendalian nafsu dan penyucian diri, diakhiri dengan zakat fitrah, yaitu berbagi kepada sesama. Tidak berbeda dengan shalat, puasa juga harus mampu melahirkan semangat kerja. Haji diawali dengan wukuf (berdiam diri), dilanjutkan dengan tawaf, melempar jumrah, dan saí. Semuanya action. Semua kegiatan ibadah memiliki benang merah yang sama. Kegiatan ibadah adalah merupakan penyucian jiwa, pengisian dengan sifat-sifat suci Allah, pengagungan dan berkomunikasi dengan Allah, yang harus diwujudkan dalam amal shaleh – kerja- kepada sesama. inamisnya ibadah dalam Islam juga terlihat pada arsitektur masjid. Berbeda dengan tempat ibadah agama lain yang dirancang tertutup, sepi, kadang kalau perlu gelap, jauh dari keramaian. Masjid selalu bercirikan terang, terbuka, banyak jendela, dan berada di dalam pusat aktivitas manusia. Bahkan dalam
sejarah Nabi, pengaturan umat selalu dilakukan di dalam masjid.

Ketinggian Kerja dalam Al-Quran dan Sunah Nabi.
Al-Quran dalam banyak sekali ayat, menyebutkan bahwa iman saja tidak cukup, tetapi harus disertai dengan amal shaleh, kerja, action. Tidak cukup iman saja tetapi harus dimanifestasikan dengan amal. Cukuplah, dinukilkan surat Al-Ashr untuk mewakili ayat-ayat tentang iman dan amal shaleh. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”
Dari ciri-ciri orang yang tidak rugi, selain keimanan semuanya berkaitan dengan kerja; amal shaleh, menasehati, menaati kebenaran, menetapi kesabaran.
Al-Quran juga memerintahkan agar kita selalu mencari karunia Allah di bumi dengan bekerja sebagai ungkapan rasa syukur, bahkan setelah shalat pun kita dianjurkan untuk segera bertebaran di muka bumi untuk bekerja. Sebagaimana disebut dalam ayat-ayat berikut:

“.. Dan bekerjalah, Wahai Keluarga Daud, sebagai (ungkapan) syukur (kepada
Allah) (QS 34;14)
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala
penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (QS 67: 15)
"Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."( QS 62: 10) Dalam hadis juga banyak diungkapkan tentang orang-orang yang utama, kebanyakan berkaitan dengan kerja, tindakan, action. Berikut di antaranya hadis-hadis yang terkenal:
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik perangainya/ akhlaqnya”
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
“Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat/merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya." “Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik (berperilaku) kepada keluarganya” “Tangan diatas lebih baik daripada tangan di bawah”
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan keluarganya selagi perbuatan itu tidak membawa kepada dosa” “Barangsiapa yang menjadi susah pada petang hari kerana kerjanya, maka terampunlah dosanya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Bekerja bukan hanya dianjurkan untuk memberi manfaat kepada manusia, tetapi juga sangat dipuji jika bermanfaat bagi makhluk yang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seorang muslim yang menanam atau menabur benih, lalu ada sebahagian yang dimakan oleh burung atau manusia, atapun oleh binatang, nescaya semua itu akan menjadi sedekah baginya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Ketika menyebutkan ciri-ciri orang yang beriman, baik dalam Al-Quran selalu menyebut dengan amal, kerja, kegiatan, atau action. Misalnya ciri-ciri orang beriman dalam surat Al-Mukminun 1-11, yang menyebutkan ciri orang beriman sebagai orang yang khusyu shalat, berzakat, meninggalkan perbuatan yang sia-sia, menjaga kehormatan (kemaluan), dan menjaga amanat. Dalam Hadis terkenal misalnya ciri orang beriman adalah berkata baik atau diam, menghormati tetangga. Kebanyakan ciri-ciri orang beriman berkaitan dengan amal nyata atau kerja.

Suatu ketika, Rasulullah mencium tangan kasar seseorang karena bekerja keras sebagai pemecah batu dan beliau memujinya bahwa tangan itu dicintai Allah. Subhanallah! …..


Kerja Keras Para Nabi dan Orang-orang Shalih
Kemudian kalau kita pelajari sejarah para Nabi AS, apalagi sejarah Nabi Muhammad SAW, para sahabat Nabi, hingga zaman keemasan Islam semua memiliki teladan yang sama, yaitu kerja keras membangun diri dan masyarakat. Tidak ada satu pun contoh-contoh dari mereka yang hanya mementingkan ibadah ritual semata. Sebagai contoh akan diulas singkat teladan Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW. Di antara para rasul yang paling banyak dikisahkan dalam Al Quran adalah Nabi Musa AS. Kalau dilihat kisahnya, berisi perjuangan luar biasa membina masyarakat Bani Israil. Mulai dari hijrah bertemu Nabi Syuaib AS, menghadapi Firaun, memimpin exodus besar-besaran Bani Israil dari Mesir ke Palestina yang memakan waktu puluhan tahun, hingga yang sangat menyita waktu adalah memberi dakwah kepada Bani Israil yang sangat “ngeyel”.

Begitu juga Nabi Muhammad SAW, beliau tidak hanya menghabiskan waktu untuk berzikir saja. Baik pada periode Makkah maupun Madinah, beliau bekerja keras mendakwahkan Islam person to person, membina mental sahabat, membentuk kader, membangun masyarakat, memimpin perang, mengatur strategi, membuat perundingan, dan lain-lain. Kalau kita pelajari detil sejarah Nabi Muhammad SAW, kita dapati hari demi hari, tahun demi tahun yang penuh perjuangan dan kerja keras bersama para sahabat. Pada saat Rasulullah SAW wafat umat Islam menguasai hampir seluruh jazirah Arab.

Hal ini dilanjutkan oleh para Khalifah Rasyidah, hingga dalam waktu singkat (terutama masa Umar Al-Faruq) Islam menyebar dengan penaklukan Persia (superpower masa itu) ke barat hingga ke Afrika berhadapan dengan Bizantium (superpower yang lain). Kemudian sejarah berlanjut hingga penaklukan Eropa, India, sehingga umat Islam menjadi pusat peradaban dan ilmu pengetahuan pada saat itu. Sejarah yang luar biasa! Dan itu dicapai dengan kerja keras, bukan hanya ibadah ritual semata. Secara pribadi, kita juga mendapati Rasulullah SAW dan para sahabat adalah orang-orang yang menyukai kerja. Rasulullad SAW selain bekerja untuk umatnya, beliau melubangi sendiri sandalnya, menambal sendiri bajunya, memeras sendiri susu kambingnya dan melayani keluarga. Subhanallah, Rasulullah adalah pemimpin sejati!

Kerja: Gerak Universal alam semesta
Al-Quran memuat sangat banyak kejadian-kejadian alam semesta, bahkan menurut Dr Mahdi Ghulsyani (cendekiawan muslim Iran) hingga 10% dari ayat-ayat Al-Quran. Semua berpusat pada ketundukan, tasbih dan sujud jagad raya pada Tuhannya. Salah satu di antaranya, “Bertasbihlah kepada Allah semua yang ada di langit dan di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(QS 61:1)

Kita tidak tahu bagaimana tasbih alam semesta, namun manifestasinya sangat jelas. Manifestasi dari tasbih dan sujud alam semesta adalah aneka kerja yang kontinu dan teratur dari alam semesta. Gerakan aneka benda langit pada orbitnya, reaksi fusi bintang-bintang yang menyebarkan energi kepada lingkungan, pengembangan alam semesta, sebagai contoh di antaranya. Semua bergerak, bekerja, dan berproses, itulah bentuk ibadah mereka yang bisa kita lihat. Di antara bentuk ibadah batu misalnya adalah dengan meluncur jatuh, sebagaimana ayat, “.. dan di antaranya (batu) ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah”(QS 2:74)

Banyak sekali ayat-ayat tentang alam semesta, dari yang besar mengenai galaksi hingga hewan-hewan kecil seperti semut, semua mengikuti perintah Allah dengan bekerja secara terus menerus. Sehingga kita bekerja pada dasarnya adalah seirama dengan gerak universal alam semesta, seirama dengan sujud alam semesta. Kahlil Gibran dalam Sang Nabi membuat puisi yang sangat indah:


Kau bekerja, supaya langkahmu seiring irama bumi
Serta perjalanan roh jagad ini
Berpangku tangan menjadikanmu orang asing bagi musim,
Serta keluar dari kehidupan itu sendiri
Yang menderap perkasa, megah dalam ketaatannya
Menuju keabadian masa

Bekerja sebagai Pengabdian kepada Allah SWT
Kalau sekedar bekerja, bukankah semua orang melakukan, umat lain melakukannya? Bahkan kaum ateis pun bekerja. Lalu apa bedanya?. Tentu ajaran bekerja para Nabi sangat berbeda. Bekerja dalam ajaran Islam
adalah manifestasi dari iman. Bekerja adalah sebagai bagian dari ibadah. Sedang bagi umat yang lain, mungkin hanya sekedar mengisi waktu, mengejar harta, dll.

Berikut secara ringkas ciri bekerja sebagai pengabdian kepada Allah SWT:
1. Motivasi kerja : pengabdian kepada atau mencari ridha Allah SWT
2. Cara kerja : sesuai/tidak bertentangan dengan syariat Islam
3. Bidang kerja : yang halal, baik/ma’ruf
4. Manfaat kerja : kebaikan, kesejahteraan, keselamatan bagi semua (rahmatan lil alamin)

Dengan bekerja sebagai motivasi ibadah, semestinya selalu memberikan yang terbaik. Selalu bekerja semaksimal mungkin, bukan seadanya. Itulah yang disebut sebagai “ihsan” (berbuat baik) atau “itqan”(hasil terbaik). Allah bahkan memerintahkan kita meniru karya Allah dalam bekerja, “… maka berbuat baiklah (fa ahsin) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu”(QS 28:77) Bekerja dengan motivasi di atas semestinya juga akan melahirkan kerja keras, tegar, jujur, dan profesional dalam kondisi apa pun. Berbeda dengan motivasi jabatan misalnya, hanya bekerja ketika ada iming-iming atau konsekuensi jabatan, jika tidak dia akan enggan. Sedang bekerja dengan motivasi ibadah semesteinya akan bekerja dengan semangat meski imbalan langsung tidak nampak, meskipun uang sedikit, meski tidak ada yang melihat, meski tidak dipuji atasan. Karena memang motivasinya adalah pengabdian kepada Allah SWT. Sedang Dia selalu ada, selalu mengawasi, selalu mengetahui apa yang kita lakukan.

Kalau demikian, mengapa bangsa muslim kini justru identik dengan bangsa yang malas, tidak dapat dipercaya, tidak disiplin, kurang etos kerja, bahkan :
korup!? Ini kenyataan yang harus kita akui bersama, dan menjadi tugas kita bersama untuk memperbaiki.
Mulai dari diri sendiri, di sini dan sekarang! Ternyata kini kita bekerja jauh dari semangat dan nilai-nilai Islam dan teladan para pendahulu kita. Kita juga memandang agama dengan cara yang salah. Kita menganggap kerja dan ibadah adalah dua hal yang berbeda dan terpisah. Akibatnya adalah sikap mendua (split personality) dalam bekerja. Maka kini kita dapati kenyataan aneh seperti orang yang rajin beribadah (ritual) namun rajin juga menilap aset kantor, bahkan milik masyarakat, tidak jujur, atau suka main terabas.

Kita sudah shalat, namun shalat kita belum mampu membangun karakter sehingga mampu mencegah dari perbuatan keji dan munkar. Kita belum bisa menjadikan puasa sebagai perisai kita melawan tarikan nafsu-nafsu yang rendah. Kita belum mampu menjadikan haji sebagai total pengabdian kepada Allah SWT.

Masya Allah, kita beragama namun menjauh dari nilai-nilai agama. Kita beribadah ritual namun kita semakin menjauh dari petunjuk Allah. Kita lebih memilih topeng dalam beragama. Kita memilih kulitnya, lalu membuang isinya. Akhirnya, marilah kita jadikan setiap ayunan langkah kita dalam bekerja sebagai zikir kita kepada Allah SWT. Kita jadikan setiap gerakan tangan kita dalam bekerja sebagai tasbih kita kepadaNya. Kita jadikan setiap ucapan dan pikiran dalam bekerja sebagai sujud dan syukur kita kepada Rabbul Izzati.

READ MORE- ISLAM ADALAH AGAMA KERJA

PAKAIAN YANG BERFOYA-FOYA DAN KESOMBONGAN

Ketentuan secara umum dalam hubungannya dengan masalah menikmati hal-hal yang baik, yang berupa makanan, minuman ataupun pakaian, iaitu tidak boleh berlebih-lebihan dan untuk kesombongan.

Berlebih-lebihan, iaitu melampaui batas ketentuan dalam menikmati yang halal. Dan yang disebut kesombongan, iaitu erat sekali hubungannya dengan masalah niat, dan hati manusia itu berkait dengan masalah yang zahir. Dengan demikian apa yang disebut kesombongan itu ialah bermaksud untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjukkan serta menyombongkan diri terhadap orang lain. Padahal Allah samasekali tidak suka terhadap orang yang sombong. Seperti firmanNya:

“Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong.”

Dan Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Barangsiapa melabuhkan kainnya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya nanti di hari kiamat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian agar setiap muslim dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang menyebabkan kesombongan, maka Rasulullah s.a.w. melarang berpakaian yang berlebih-lebihan, dimana hal tersebut akan dapat menimbulkan perasaan angkuh, membanggakan diri pada orang lain dengan bentuk-bentuk lahiriah yang kosong itu.

Di dalam hadisnya, Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut, "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan nanti di hari kiamat." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang dipercayai)

Ada seorang laki-laki bertanya kepada Ibnu Umar tentang pakaian apa yang harus dipakainya? Maka jawab Ibnu Umar: "iaitu pakaian yang kiranya kamu tidak akan dihina oleh orang-orang bodoh dan tidak dicela oleh kaum filsuf." (Riwayat Thabarani)

READ MORE- PAKAIAN YANG BERFOYA-FOYA DAN KESOMBONGAN












Inilah wajah pemimim yang bercirikan islam sebenar.nampak wajah ceria dan happy. berjuang untuk menegakkan islam untuk menuju keakhirat dan bukan untuk dunia.
LO fikirlah sendiri............... bah
READ MORE-

SERONOK BEKERJA BERTAMBAH GAJI

Apabila Anda sudah seronok dengan kerja Anda, suka bekerja (bukan suka dipaksa-paksa semata-mata sebab putus cinta atau sebab terdesak) dan seronok melakukan tugas-tugas Anda, sedar tak sedar keseronokan itu akan membuat gaji Anda naik walaupun Anda tak minta. Sukar untuk saya menerangkan teori motivasi saya ni dari segi saintifik dan angka-angka kewangan.Tapi dari segi spiritual, sesuatu kerja yang dilakukan dengan penuh keseronokan dan keghairahan, ia akan mempengaruhi tahap ganjaran dalam bentuk fizikal. Dalam kes ini, ia adalah duit gaji.
Cuba ambil contoh lain, dalam perniagaan misalnya kerana dunia perniagaan penuh dengan pelbagai keadaan yang tak menentu, berbanding dengan dunia pekerjaan. Jika Anda seronok berniaga, seronok menjual sesuatu dan seronok mencipta produk baru, serta merta pendapatan Anda akan naik. Kemudian, kenaikan itu akan menjadikan Anda makin seronok lalu Anda terdorong untuk mencipta dan menjual banyak lagi produk-produk baru.
Bila mendapat semakin banyak untung, ia akan memotivasikan Anda, mendorong Anda untuk mencipta dan menjual lebih banyak produk, semakin banyak dari yang sebelumnya. Anda sudah tidak kisah dengan jumlah untung yang banyak itu kerana Anda cukup seronok menjual sesuatu dan Anda juga seronok mencipa produk baru.
Orang berniaga sepatutnya kena seronok berniaga terlebih dulu tanpa memikirkan soal duit, kerana duit tetap akan dapat bila sudah berjaya menjual sesuatu sama ada menjual barang, menjual maklumat atau menjual perkhidmatan. Keseronokan akan mula hilang perlahan-lahan apabila Anda bekerja atau berniaga semata-mata kerana duit, melakukan sesuatu kerana duit, atau terdorong mengusahakan sesuatu kerana ia mendatangkan duit, banyak pula datangnya.Apa juga pekerjaan kita adalah contoh terbaik situasi ini. kita bekerja menjadi pegawai kerajaan kerana mahukan duit gajinya yang tetap dan berpencen dari kerajaan tanpa ada minat sepenuhnya untuk bekerjaa. Ini realiti.
Dengan duit gaji, seorang pegawai kerajaan boleh apply loan untuk beli rumah, kereta, apply pinjaman, termasuk apply kad kredit. Last-last, malas nak mengajar, berat kaki nak datang ke sekolah, stres bekerja sebab terasa mengajar macam satu beban yang amat berat untuk dilakukan.
Kesannya, hinggap stress, tekanan dan bermacam permasalahan. Ampun maaf pada pegawai-pegawai kerajaan. Namun, apa yang saya katakan ini fakta sebenar kerana dalam keluarga saya kebanyakannya pegawai kerajaan. Bahkan, ramai kawan-kawan juga bekerja jadi pegawai kerajaa.Ada yang serono, ada yang tak seronok jadi(cuma seronok terima gaji setiapa bulan). Hakikatnya, saya melihat orang yang seronok bekerja jadi pegawai kerajaan, gajinya entah cemana leh naik pula. Jawatannya naik, penghormatan orang padanya pun naik, simply sebab dia seronok bekerja, sangat seronok ketika berada di pejabat, ketika dikelilingi pekerja yang lain.
Susah untuk kita jumpa seorang bekerja 100%, sangat suka bekerja dan tak berapa amik kisah dengan duit gajinya, seolah-olah tak sedar yang gajinya memang ada tiap-tiap bulan. Ok, tutup cerita pasal tu.
Mulai saat ni, sama-samalah kita ingat mengingati. Dahulukan minat dari duit, pentingkan keseronokan dari ganjaran kerana ganjaran yang banyak akan timbul secara automatik bila Anda keseronokan yang juga banyak. Biarkan diri Anda jadi terlalu seronok, terlalu minat, terlalu ‘angau’ dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan Anda macam dah tak kisah soal duit, untung, atau gaji. Saranan ini sesuatu yang berbaloi untuk Anda cuba keberkesananya.
READ MORE- SERONOK BEKERJA BERTAMBAH GAJI

HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ' ISTERI '

Hargailah isteri anda...... Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...... Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih... Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya... Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. . Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini



READ MORE- HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ' ISTERI '

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
READ MORE- KELEBIHAN AYAT KURSI

BANYAKLAH BERZIKIR

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.. Ia berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat-malaikat yang berkeliling di jalan-jalan guna mencari hamba ahli berzikir. Jika mereka mendapati kaum yang selalu berzikir kepada Allah SWT, mereka menyerunya, `Serukanlah kebutuhan kalian.' Kemudian mereka membawanya dengan sayap-sayapnya ke atas langit bumi. Lalu mereka ditanya oleh Rabb-nya (Dia Maha Mengetahui), `Apa yang dikatakan oleh hamba-hamba-Ku?' Para malaikat menjawab, `Mereka menyucikan dan mengagungkan Engkau, memuji dan memuliakan Engkau.' Allah berfirman, `Apakah mereka melihat-Ku?' Para malaikat menjawab, `Tidak, demi Allah, mereka tidak melihat-Mu.' Allah berfirman, `Bagaimana kalau mereka melihat Aku?' Para malaikat berkata, `Kalau mereka melihat-Mu, tentunya ibadah mereka akan bertambah, tambah menyucikan dan memuliakan Engkau.' Allah SWT berfirman, `Apa yang mereka minta?' Para malaikat berkata, `Mereka memohon surga kepada-Mu.' Allah berfirman, `Apakah mereka pernah melihatnya?' Para malaikat berkata, `Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihatnya.' Allah SWT berfirman, `Bagaimana kalau mereka melihatnya?' Para malaikat berkata, `Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berhasrat serta tamak dalam memohon dan memintanya.' Allah SWT berfirman, `Pada apa mereka memohon perlindungan?' Para malaikat berkata, `Mereka memohon perlindungan dari neraka-Mu.' Allah SWT berfirman, `Apakah mereka pernah melihatnya?' Para malaikat berkata, `Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berlari menjauhinya dan semakin takut.' Allah SWT berfirman, `Kalian Aku jadikan saksi bahwa Aku telah mengampuni mereka.'
Salah seorang dari malaikat itu berkata, `Di dalam kelompok mereka terdapat si Fulan yang bukan bagian dari mereka. Ia datang ke sana hanya untuk suatu keperluan.' Allah SWT berfirman, `Anggota majelis itu tidak menyengsarakan orang yang duduk bergabung dalam majelis mereka.'"
READ MORE- BANYAKLAH BERZIKIR

PERCAKAPAN ORANG SEKELILING

Orang sekeliling tetap akan bercakap tentang apa yang Anda buat, apa yang Anda lakukan, impian Anda dan apa yang Anda usahakan. Well, jika Anda mengalami situasi itu, kali ni saya ingin berkongsi pengalaman.
Anda, sebagai pembaca blog iMotivasi sudah pasti tahu impian yang saya nak capai, iaitu nak bekerja menjadi pengendali, penulis dan pemilik blog sepenuh masa. Dalam perkataan lain, full time blogger.
Dengan bekerja sebagai full time blogger membuat saya ada lebih banyak masa untuk membaca banyak buku, bersukan dengan lebih lama dan beribadah dengan lebih khusyuk. Sekarang, pada saat artikel ini ditulis, saya memilih untuk melupakan hal yang tidak berkaitan dengan blog, sukan dan keagamaan semata-mata untuk mengejar impian.
Akhirnya, usaha saya mendapat cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata kesat yang sukar nak dilupakan hanya kerana sikap saya “lain daripada yang lain”. Saya tak kacau sesiapa, tak pernah mengata sesiapa, saya cuma terlalu fokus dengan kerja-kerja saya.
Namun, kerajinan saya praktikkan ke dalam diri sendiri menimbulkan ketidaksenangan pada beberapa pihak. Kawan-kawan saya tak senang dengan sikap saya, sebab saya sanggup bersengkang mata, hanya berkurung di dalam bilik mengadap sebuah laptop kecil. Maka saya membuat kesimpulan.
Orang rumah, jiran, kengkawan dan saudara mara Anda tak akan pernah faham apa yang saya capai, apatah lagi jika apa yang dibuat tu tak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Jujur dari hati di sekeliling saya, tak ada sesiapa yang support saya, menyokong saya. Mengkondem, tu ramai le, hehe. Namun, saya memilih untuk melupakan cakapan mereka, umpatan mereka dan kata-kata mereka.
Apa yang saya kongsikan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mental saya ni kuat, tapi supaya menjadi contoh pada Anda untuk memperkuatkan mental, emosi dan spiritual Anda menghadapi cakapan-cakapan orang sekeliling yang menyesakkan telinga, menyakitkan hati. Cara nak mengelak dari orang sebegitu, Anda dengan melupakannya saja, lupa selupa yang mungkin dan jangan diingat lagi. LiveStrong!
Pada permulaan, memang susah nak lupa. Tapi, bila kita melatih fikiran supaya fokus pada impian kita, usaha-usaha kita dan diri kita keseluruhannya, kita akan jadi terlalu sibuk hingga terlupa nak mengingat cakapan-cakapan orang sekeliling. Jadi, jika kawan-kawan Anda mencemuh Anda, keluarga Anda menyisihkan Anda, anggap saja itu sebagai booster pemacu untuk Anda semakin berjaya.
Hasilkan sesuatu yang tahapnya cemerlang, supaya mereka respek Anda, bangga dengan Anda setelah Anda berjaya nanti. Mulakan sekarang!
READ MORE- PERCAKAPAN ORANG SEKELILING

KITA SUSAHKAN ORANG. ORANG AKAN SUSAHKAN KITA BALIK

Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik.
Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.
Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.
Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.
Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.
Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.
Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.
Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.
Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.
READ MORE- KITA SUSAHKAN ORANG. ORANG AKAN SUSAHKAN KITA BALIK

GANJARAN BERLIPAT GANDA

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (HR. Tirmidzi).
Berdasarkan hadits di atas, dapat difahami betapa mulianya tugas seorang guru di dunia ini. Tentunya, guru yang dimaksud adalah yang mengajarkan kebaikan. Pada dasarnya, kebaikan boleh diajarkan oleh sesiapa saja. Dengan demikian, guru kebaikan tidak mesti mereka yang bertugas sebagai guru bagi orang lain, tetapi yang benar-benar mengamalkan kebaikan dalam kehidupannya.
Orang-orang yang selalu berbuat baik biasanya hidupnya akan tenteram. Hal ini seringkali menjadi perhatian orang lain. Sebahagian orang akan mencuba dan menjadikannya sebagai contoh. Perbuatan-perbuatan yang baik tidak semstinya akan menarik perhatian atau dicontohi oleh orang lain kecuali oleh orang-orang yang selalu berlapang dadanya. Iaitu, orang-orang yang sanggup menerima segala kebaikan dari mana saja datangnya.
Dengan demikian, betapa berlipat gandanya pahala seorang pelaku kebaikan di dunia ini. Ia bukan hanya mendapatkan pahala dari perbuatannya untuk diri sendiri. Selanjutnya, ia akan mendapatkan pahala dari orang-orang yang mencontohinya. Begitulah selanjutnya, kebaikan terus mengalir dari orang-orang yang mencontohi perbuatan baik dari orang-orang yang mencontohinya.
Kerana itu, sebaiknya setiap hari kita berusaha untuk berbuat kebaikan, meskipun untuk persoalan yang kecil . Yang demikian juga terdapat pahala yang pasti dihitung oleh Allah SWT, lebih-lebih bila ditiru orang lain kebaikannya akan sambung menyambung tanpa henti. Yang demikian juga akan menutup peluang datangnya perbuatan-perbuatan buruk kepada diri kita sendiri.
READ MORE- GANJARAN BERLIPAT GANDA