Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu." Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya." Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja." Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?" Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu." Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaiki." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu." Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Assalammualaikum...... masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....
so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .
Bila Anda bekerja atau berniaga kerana minat, anda tak akan terdorong berkata “bekerja untuk mencari rezeki” kerana fikiran Anda terfokus sepenuhnya pada apa yang menjadi keminatan Anda. Jika Anda minat kereta, kemudian Anda jadi mekanik kereta, Anda tak akan kata “bekerja jadi mekanik utuk mencari rezeki”. Anda tak akan suka cakap sebab bunyinya macam terpaksa. Bila Anda cakap, “saya bekerja untuk nak menimba pengalaman” bunyinya lagilah macam terpaksa, bahkan semacam dipaksa-paksa! Walaupun Anda tak minat kerja Anda, Anda minat perniagaan Anda, cuba selidiki, gali, kaji, cari cara cemana Anda leh minat dengan kerja tu, ngan bisnes tu supaya Anda ada cetusan motivasi untuk melakukannya dengan cukup hebat, bagus sekali. Time sekolah dulu, ada pelajaran yang kita minat, ada yang kita tak minat. Tapi, bagi seorang pelajar yang nak cemerlang di sekolah mahupun di universiti, nak cemerlang punya pasal, dia akan cari cara cemana dia leh minat dengan subjek yang dia langsung tak minat supaya dia cemerlang dalam semua subjek. Apa yang Anda cari, Anda tentu akan jumpa. Minda kita adalah kompas biologi. Apa yang Anda persoalkan, dia akan cari jawapannya. Saya tak tahu cemana minda kita cari. Yang saya tahu, saya kerap tanya diri sendiri, kerana bila tanya diri sendiri, apa yang kita tanya tu akan ditangkap sepenuhnya oleh minda tanpa tertinggal sedikitpun. Bila ditanya banyak kali, diulang-ulang berkali-kali, dipersoalkan berkali-kali, minda akan memberikan jawapannya dalam bentuk idea. Idea tu pula akan timbul dalam situasi yang tak disangka-sangka. Persoalannya sekarang, untuk Anda cari minat, tanya diri sendiri apa yang Anda boleh membuat Anda minat dengan sesuatu yang tak Anda minati. Untuk kita sentiasa seronok bekerja, kita perlu kenal pasti apa yang membuat kita seronok. Tanya diri sendiri apa yang membuat kita seronok, supaya kita tahu apa yang membuat kita benar-benar seronok! Minda kita senang mengenal pasti apa yang kita tak suka. Bila kita tanya diri sendiri apa yang kita suka, minda akan cepat memberitahu. Misalnya, dalam sebuah kereta, tiba-tiba kawan disebelah Anda pasang lagu My Chemical Romance dengan kuat sekali di cd player kereta Anda. Anda jadi kurang selesa, lantas menukar lagu tu kepada lagu lain. Tetiba pula keluar suara Al-Quran ustaz Ismail Hashim. Mendengar bacaan Al-Quran itu seketika mendatangkan ketenangan buat Anda, lantas membuat Anda seronok mendengarnya. Pengajaran, Anda tak suka My Chemical Romannce, tapi Anda suka bacaan quran. Maka, bacaan Al-Quran itulah yang mendatangkan keseronokan buat Anda. Sama juga ketika kita bekerja atau berniaga. Untuk benar-benar tahu apa yang membuat kita seronok, kita kenal pasti dulu apa yang membuat kita tak seronok. Disebalik kerumitan pasti ada kesenangan.
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Alkisah disebutkan bahwa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahwa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu. Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?" Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
9. Beri pujian terhadap penampilan suami - rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai - sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
Untuk suami/bakal suami :
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax macam tokey besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advanced. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu…
10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga … rezeki tak masuk nanti…
12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami *degil* tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukannya bukak kedai dobi), dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah je), bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semuanya Kemahiran Hidup ni!
14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembab sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini di dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau berkecil hati Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif.Kalau suami tak ambil kisah , perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi!
Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:
Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.